Saturday, May 31, 2008

Gaya kuda-kuda



Ini dia gaya kuda-kuda "cameraman" kita semasa di Bandung..

Friday, May 30, 2008

Betul Ker?

Hmmm.... aku terdengar ada member kita sorang ni nak buat revisit Bandung pada 2 hingga 4 Ogos 2008. Dia pergi dengan colleague dan orang rumah rasanya. Mungkin ke tu hari tak puas shopping? Atau ada sesuatu yang tertinggal kat sana? Hmmm... atau kena pulas tangan oleh orang rumah sebab berseronok tak ajak dia? Hehehe jangan marah. Saper lah agaknya member kita tu eh?

Monday, May 26, 2008

KOMEN LAWATAN KE BANDUNG


Assalammulaikum dan salam sejahtera.
Diharap bapak-bapak dan ibu-ibu rakan-rakan PKPGB K3 sekelian, dapat turut serta memberi komen mengenai lawatan kita ke Bandung tempoh hari.
Bagi saya, pengisian akademik di UPI, pengalaman di SD Banjasari dan di Panti Asuhan Wisma Putera amat memberi menafaat dan input yang bermakna. Itulah ole-ole yang paling berharga boleh kita bawa balik. Semua aktiviti boleh dikatan suksessss! Selain daripada itu jalan rayanya yang machet, penduduknya yang padat, peniaga jalanan yang ramah dan macam-macam lagi, turut mencuit-cuit memori kita. Iya ngak..?
Kepada semua jawatan kuasa yang terlibat (kite la tu.. ), syabas dan tahniah!
Klip video dan gambar akan menyusul tak lama lagi. Sabar dan tungguuuu......!

Saturday, May 24, 2008

Program Khidmat Masyarakat II: Terima Kasih

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Di kesempatan ini saya selaku Pengerusi Program ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama sejak dari mula program ini dirancang. Walaupun menempuh pelbagai rintangan dan cobaan namun akhirnya kita sama-sama berjaya menjayakannya. Tanpa sokongan semua, sudah tentu kelancaran perjalanan program ini akan terganggu.

Semua AJK sememangnya telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik sehingga dapat menterjemahkan objektif program ini dengan aktiviti yang sesuai, padat, bermanfaat dan menyeronokkan.

Kepada pensyarah subjek, Dr. Jamaludin Hj. Badusah diharap berpuashati dengan apa yang telah dipersembah dan dilaksanakan. Begitu juga kepada Penyelaras Program PKPGB Dr. Izham.

Akhir sekali saya memohon maaf banyak-banyak seandainya terdapat kecacatan atau kekurangan sepanjang perjalanan program ini.

Semoga ia menjadi kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan.

Program Khidmat Masyarakat II: Sayonara Bandung!



Macam-macam peristiwa dan gelagat sebelum, semasa dan selepas lawatan ke Bandung. Di sini dipaparkan sebahagian daripadanya.



Semasa di LCCT sebelum check-in:

Kashfi sedang menyematkan pin Visit Malaysia Year di kolar baju Dr. Jamaludin.



Dua orang kuat Program Lawatan ini iaitu Dr. Izham dan Dr. Jamaludin



Universiti Pendidikan Indonesia: Seminar Antarabangsa:

Dr. Izham sedang membentangkan kertas kerjanya di seminar tersebut.



Sekolah Dasar Banjarsari, Kota Bandung:
Dr. Izham sedang dijemput oleh Ririn untuk menari bersama.



Walau baru berusia 8 tahun namun Ririn begitu matang menyanyi sambil melayan tetamu.



Panti Asuhan Wisma Putra, Bandung:

Penghulu, Rozali dengan ditemani oleh Ali sewaktu dimasukkan ke Hospital Sentosa, Bandung. Naib baik ada insuran...



Di LCCT: Berangkat Pulang:
Bas UKM yang membawa para peserta meninggalkan LCCT.


Terima Kasih Dr. Izham

Gambar menunjukkan Dr. Izham sedang menyampaikan sumbangan pakaian, permainan, alat tulis, beg dan wang tunai dari peserta PKPGB Kohort 3 di Panti Asuhan Wima Putra, Bandung

Mulai 21 Mei 2008 (Rabu, kita masih di Bandung), Dr. Mohd. Izham b.Hj. Mohd. Hamzah, Penyelaras PKPGB telah dinaikkan ke Jawatan Ketua Pengurusan Kualiti Fakulti Pendidikan oleh Naib Canselor UKM. Dengan perlantikan tersebut maka beliau tidak lagi menjadi Penyelaras Program PKPGB.


Sebagai mewakili semua pelajar PKPGB, Kohort 3 khasnya, diucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa beliau selama ini. InsyaAllah ia akan tetap kekal di dalam sudut ingatan kami semua (terutama gelagat masing-masing sewaktu ditemuduga beliau)


Selamat Maju Jaya Dr. Izham!


p/s Tak sangka rupa-rupanya Bandung adalah tempat terakhir beliau sebagai Penyelaras PKPGB dengan kita semua.

Wednesday, May 21, 2008

majlis di upi

dr izham membentangkan kertasnya

Wednesday, May 14, 2008

Dari Guru Untuk Guru

Ditujukan kepada semua barisan pensyarah, rakan-rakan PKPGB UKM, rakan-rakan guru dan guru-guru yang telah mendidik kami sehingga menjadi guru.

Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


Selamat Hari Guru Kepada Semua Ahli PKPGB K3 UKM
Marilah sama-sama kita mengukir sejarah negara, seorang pemimpin hebat akan lahir dari didikan kita ...

Tuesday, May 13, 2008

Soalan Exam Sem 2

Apa macam kawan2? Soalan exam kali ni lebih susah ke lebih senang? atau lebih belajar ke atau kurang belajar? Entah ler.. Kalau diri saya la.. mungkin kurang belajar. Rasanya soalan Khidmat Masyarakat II lebih susah dari sem lepas. Lain-lain tu wokey la.

Ok, selamat menghabiskan exam dengan jayanya.

Monday, May 12, 2008

Release Tension & Discussion

Kekawan apa kata hari Rabu nanti kita gi Sg. Congkak nak, nak..nak..? Relax, release stres & buat discussion paper sukan kat tepi sungai.

Sumbangan Beg

Tadi aku bawa beg untuk sumbangan anak-anak yatim di Bandung. Belum apa-apa, kawan-kawan ada yang berkenan. Nasib baik aku bawa lebih. So, no problemlah. Sorry lah dapat bagi beg murah aje. Budget tak adalah. Murah atau mahal tak penting. Yang penting ikhlas nak bagi. Betul tak?

Habis dah satu paper

Paper Dr Arif/En. Yusof habis dah. Sekarang kena ready lak untuk paper Dr. Jamal. Good luck everbody!

Saturday, May 10, 2008

Selamat Menempuh Peperiksaan Sem 2

Kepada semua rakan, saya mengambil kesempatan untuk wish you all, "Selamat Menempuh Peperiksaan Semester 2, Semoga Kita Mencapai Sasaran Anugerah Dekan"

KOHOT 3 BOLEH!!!

Packing untuk Khidmat Masyarakat II




MAKLUMAN

Bagi anda2 yang belum menyerahkan bahan untuk sumbangan Khidmat Masyarakat di Bandung, sila berbuat demikian secepat mungkin. Boleh serah kepada Abang, Idahap atau saya sendiri. Wajib tau!

Ini gambar masa AJK Kebajikan sedang packing barangan sumbangan pada 8 April 2008. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menyumbang. Semoga sumbangan kita akan memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anak-anak yatim di sana.

Kepada anda yang telah menyumbang, jika anda ingin menambahkan jumlah sumbangan, anda boleh menderma dalam bentuk RM atau wang Rupiah. Doakan semoga program kita yang julung-julung kali ini berjalan lancar dan diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah.

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW;

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam maka terputus lah segala amalannya kecuali 3 perkara:
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

having breakfast at mamak restoran sebelum exam


Masa ni aku tengah sarapan dengan Kanan, Tan dan Kashfi (Kanan yang belanja - terima kasih Kanan!). Aku amik gambar on the spot dengan menggunakan Nokia E51 (kameranya 2.0 megapixel) dan dengan menggunakan kebolehan WiFi telefon tu aku membuat sambungan ke AP yang terdapat kat kedai mamak ni (default), terus aku membuat posting ke blog ini. Lepas breakfast kita orang terus ke DTAMS untuk MUET. Tapi dengar citer yang Tan dan Kanan sesat sampai ke Kolej Keris Mas!

Friday, May 9, 2008

Selamat Menjalani Peperiksaan Semester 2

Semoga semua sudah menyiapkan tugasan masing-masing dan bersedia untuk berjuang bersenjatakan pen dan kertas di medan dewan peperiksaan.

BORANG TNT

Sila hantar borang TNT yang dah lengkap kepada penghulu sebelum 14 Mei.

- Tuntutan bermula dari 5 Mei hingga 18 Mei 2008
- Jumlah RM175.00 (14 hari)

ASSINGMENT

Assingment yang perlu dihantar segera!

1. Teknologi Pendidikan GGE2153
- CD multimedia - 2
- Poster - 1
- Foto A3 - 1

2. IT Dalam Pengurusan Pendidikan
- Projek kumpulan
- Webquest

3. Isu-Isu Dalam Pendidikan Sukan dan Rekreasi
- Long Life Learning
- Sexism
- Handycap
- Culturetism
- Elitsm
* pilih 3 tajuk sahaja.

Friday, May 2, 2008

MINGGU STUDY UNTUK PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA KEKAWAN PKPGBK3UKM,

Sekadar untuk peringatan.

5 hb Mei 2008 - Minggu persediaan peperiksaan.

12 hb Mei 2008 - Peperiksaan Sem. 2

6 dan 10 Mei 2008 - Muet Test bagi yang berkenaan.