Friday, October 31, 2008

Tugasan Puan Sri Dr. Rohaty

Hari ni Puan Sri balas e-mel saya. Beliau minta semua pelajar hantar tugasan individu Kajian Keciciran secepat mungkin. Beliau sedang menunggu. Saya sampaikan pesanan beliau sahaja. Jadi harap rakan-rakan dapat la hantar kepada Puan Sri melalui e-mel secepat mungkin.

Wednesday, October 29, 2008

HAPPY DEEPAVALI

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan yang berbangsa India. Semoga you all bergembira and may god bless you always.

Tuesday, October 28, 2008

BUKU DR SANI SUDAH ADA

Kawan-kawan, buku kedua Dr Sani dah ada pada aku. Sesiapa yang nak boleh dapatkannya dari aku di Putrajaya. Tapi sebelum nak datang tu telefon aku dulu sebab aku sekarang ni selalu outstation, takut bila korang datang aku tak ada di pejabat atau aku tak bawa buku tu. Lagi satu, kalau aku tak outstation, aku ikut my hubby outstation. Faham-fahamlah yer.

Saturday, October 4, 2008

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Iza dan anak-anak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan PKPGB Kohort 3 (IAB-UKM). Iza minta maaf jika selama kita bersama ada kata-kata atau tingkah laku Iza yang telah menyinggung perasaan kawan-kawan. Sejujurnya, ikhlas dari hati Iza semua itu tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.