Wednesday, March 31, 2010

Program lawatan ke U.Chulalongkorn terkini

Alhamdulillah dan insyaAllah mudah-mudahan program yang kita telah rancang selama ini akan berjalan dengan lancar dan selamat iaitu dari 1 hingga 4 April 2010. Untuk keselarasan di sini diingatkan semula beberapa perkara:

1. Pakaian pada hari pertama adalah baju korporat PKPGB K3. Rakan-rakan wanita Islam disarankan memakai tudung warna beige. Seragam..baru cantik. Hari lain- bebas asalkan sesuai dan berpakaian.

2. Jangan lupa bawa pasport, ubatan, supplement serta minyak angin (jika perlu)dll.

3. Buat pertukaran mata wang baht secukupnya.

4. Berkumpul di Kolej Za'ba jam 4 pagi pada 1 April 2010. Rakan wanita akan tunggu di bus stop depan blok perempuan (dekat sign board kolej).


ATURCARA LAWATAN

04 HARI 03 MALAM BANGKOK – PATTAYA
01hb hingga 04hb APRIL 2010

HARI 01 KUALA LUMPUR - BANGKOK – PATTAYA
01hb APRIL 2010, HARI KHAMIS

06.00 PAGI Berkumpul di Lapangan Terbang LCCT
Urusan daftar masuk bagasi akan diuruskan oleh kakitangan kami
08.25 PAGI Berlepas ke Bangkok dengan penerbangan AIR ASIA
09.25 PAGI Tiba di Lapangan Terbang Bangkok, anda akan dijemput oleh wakil Kami dan akan dibawa lawatan sekitar kota Bangkok termasuk ke Four Faces Buddha
12.00 TGHRI Makan tengahari di Restoran makanan HALAL tempatan
02.00 PTG Lawatan sambil belajar Ke Universiti Chulalongkorn
05.00 PTG Anda akan dibawa ke Pattaya melalui Lebuhraya. Setiba di Pattaya, makan malam di Restoran makanan HALAL tempatan.
Selepas makan malam, mendaftar masuk ke hotel .
Bermalam di Pattaya

HARI 02 PATTAYA – BANGKOK
02hb APRIL 2010, HARI JUMAAT

07.00 PAGI Sarapan di hotel
08.00 PAGI Mendaftar keluar dari hotel
08.30 PAGI Lawatan ke ke Nongnooch Village untuk melihat pertunjukkan Kebudayaan Thailand dan pertunjukan Gajah
12.00 TGHRI Makan tengahari di Restoran makanan HALAL tempatan
Selepas makan tengahari, bertolak balik ke Bangkok. Dalam perjalanan , singgah di Sirachaa Tiger Zoo. Zoo ini merupakan yang terbesar di Asia yang mana terdapat lebih daripada 10,000 ekor Buaya dan 200 ekor harimau. Disini juga anda akan berpeluang untuk menyaksikan berbagai pertunjukan binatang seperti Gusti Buaya, pertunjukkan Ular dan Harimau
06.30 PTG Mendaftar masuk ke hotel
08.00 MLM Makan malam di Restoran makanan HALAL tempatan. Selepas makan malam di Restoran makanan HALAL tempatan, membeli –belah di Suam Lum Night Bazaar
Bermalam di Bangkok


HARI 03 BANGKOK
03hb APRIL 2010, HARI SABTU

07.00 PAGI Sarapan di hotel
08.30 PAGI Lawatan ke Safari World. Disini , anda akan dapat pelbagai pertunjukkan binatang seperti orang utan bertinju, pertunjukkan anjing laut dan Hollywood Cowboy stunt show.
01.00 TGHRI Makan tengahari di Restoran makanan HALAL tempatan
Sesudah Makan tengahari , membeli-belah di MBK
07.00 MLM Makan malam di Restoran makanan HALAL tempatan. Selepas makan malam balik ke hotel .
Bermalam di Bangkok

HARI 04 BANGKOK / KUALA LUMPUR
04hb APRIL 2010, HARI AHAD

07.00 PAGI Sarapan di hotel
Acara bebas untuk membeli-belah. Pasar borong terdapat di perkarangan hotel bermula seawal jam 4.30 pagi .
12.00 TGHRI Mendaftar keluar dari hotel
12.00 TGHRI Makan tengahari di Restoran makanan HALAL tempatan
Selepas makan tengahari, Lawatan ke Pasar Terapung dan Kuil Wat Arun. Kita akan dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Chao Phraya.
05.00 PTG Anda akan dihantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Bermalam di Bangkok

MAKLUMAT HOTEL

PATTAYA SUN BEAM – 3 *. Alamat – 217/27 Moo 9, Beach Road, Nong Pure, Banglamung, Chonburi 20150 Telp: 6638 427 1209 . www.sunbeamhotel.net 01 APR 2010 02 APR 2010

BANGKOK PRINCE PALACE – 4 * . Alamat- 488/800 Bo bae Tower, Damrongrak Road, Klong Mahanak, Pomprab, Bangkok Telp : 662 628 1111. www. Prince palace.co.th 02 APR 2010 04 APR 2010

MAKLUMAT PENERBANGAN

TARIKH P’BANGAN DARI DESTINASI BERLEPAS TIBA
01 APR 2010 AK 734 K LUMPUR BANGKOK 0825 0930
04 APR 2010 AK 751 BANGKOK K LUMPUR 2020 2325

MAKLUMAT WAKTU SOLAT

SUBUH SYURUK ZUHUR ASAR MAGRIB ISYAK
5.03 PAGI 06.14 PAGI 12.22 TGHRI 3.38 PTG 6.29 PTG 7.37 PTG

MUDAH-MUDAHAN SEMUANYA SIHAT DAN SELAMAT.

Sunday, March 28, 2010

Emel dari Naib Pengerusi mengenai Lawatan ke Bangkok

---------- Forwarded message ----------
From: Asman Harun
Date: Sat, 27 Mar 2010 18:20:42 -0700 (PDT)
Subject: Perkembangan Terbaru Lawatan ke Bangkok
To: jamall64@ukm.my, jamall64@yahoo.co.uk, izham@ukm.my, jainabee@yahoo.com, jainabee@pkrisc.cc.my
Cc: tahir80515@yahoo.com, Asman Harun , ziemal66@yahoo.com, ismas2961@yahoo.com, fatimah_husain@yahoo.com.my, wnfwi@yahoo.com, abgkhadari69@yahoo.com.my, idahap63@yahoo.com.my, kuangwui@yahoo.com, alilikal_05@yahoo.com, razakhandsome@yahoo.com.my, sukimin@gmail.com, manaliza@hotmail.com, cashfee2002@yahoo.com, dinsaid6101@yahoo.com, hodijah_joe@yahoo.com, mohd.khalillebaimat@yahoo.com, Isr51260@yahoo.com, ambi1033@yahoo.com, appunni63@yahoo.com, menah6106@yahoo.com, kannaan64@yahoo.com.my, aa_gracyjw3005@yahoo.com

Assalammualaikum wbt,
Salam sejahtera,

En. Jamalullail, Dr. Izham, Dr. Jainabee
Rakan-rakan Mantan PKPGB K3,

Seperti yang telah dijanjikan, saya telahpun berhubung dengan pihak Wisma Putra untuk mengetahui situasi di Bangkok khususnya ketika lawatan kita kesana.

1. Menurut Wisma Putra, setakat ini mereka tidak bercadang mengadakan apa-apa sekatan kerana keadaan masih terkawal. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mereka sarankan saya berhubung terus ke Kedutaan Malaysia di Bangkok.

2. Saya telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan bercakap dengan pegawai di sana (En. Mohd. Iqbal Mohd Nor). Menurut beliau keadaan masih terkawal dan yakin tidak ada situasi yang kritikal yang boleh menjejaskan keselamatan pelancong terutama dari luar Thailand. Cuma beliau menyarankan ketika di sana nanti cuba elakkan melalui kawsan-kawasan yang diadakan demontrasi. Untuk itu beliau telah memberi contact number kedutaan agar kita sentiasa berhubung dengan mereka untuk dapatkan maklumat semasa.

3. Justeru itu saya rasa tiada halangan untuk kita teruskan lawatan ini. Insya Allah, sama-sama kita berdoa agar semuanya selamat. Ada beberapa tindakan yang perlu kita laksanakan iaitu:

4. Aliza, mohon e-mailkan kepada kedutaan Malysia di Bangkok segala maklumat program kita (1. Surat lawatan, 2. senarai nama, 3.tentatif lawatan, 4.tempat menginap dll)
Adress e-mail mereka ialah: malbangkok@kln.gov.my.
Adress kedutaan: Kedutaan Besar Malaysia, 35 South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn, Bangkok 10120.

5. Sampai sahaja di Bangkok kita harus memaklumkan kepada mereka (kedutaan) melalui talian 02 629 6800.

6. So, kepada pensyarah-pensyarah tolong sampaikan makluman ini kepada pensyarah lain dan staf UKM yang ikut. Begitu juga kepada rakan-rakan PKPGB yang membaca e-mail ini tolong sampaikan kepada rakan-rakan lain.

7. Sebagai peringatan, bas akan bertolak dari Kolej Zaaba (1 April) pada pukul 4.00 pagi.

8. Jangan lupa bawa passport dan bekalan ubat bagi yang memerlukannya.

Sekian, terima kasih.

Asman Harun
Vice CM






--
Sukimin Juki

BAGAIMANA DENGAN KEADAAN KESELAMATAN DI BANGKOK, THAILAND???

Hai kawan-kawan semua, Inilah berita dari internet yang saya baca pagi. Mungkin ia berguna untuk rakan-rakan kita buat keputusan.

Letupan ketiga gegar Bangkok

28/03/2010 2:46am

BANGKOK 28 Mac - Letupan terbaru dan yang ketiga selepas tunjuk perasaan antikerajaan dilancarkan lebih seminggu lalu, menggegar ibu negara Thailand semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang cedera kepada lapan termasuk lima askar.

Menurut polis dan pihak berkuasa perubatan, letupan tersebut berlaku di stesen televisyen Perkhidmatan Penyiar Kebangsaan kira-kira pukul 9.30 malam waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia), mencederakan tiga askar dan seorang pengawal keselamatan.

Dalam kejadian letupan lain yang berlaku sebelum itu, dua askar dan dua orang awam cedera apabila sebutir bom tangan yang dilempar di sebuah stesen televisyen Saluran 5 yang dikendalikan tentera, meletup.

Kedua-dua kejadian berlaku sejurus lebih kurang 80,000 penunjuk perasaan melancarkan bantahan secara aman di jalan-jalan. - AFP

Saturday, March 27, 2010

Malam Setulus Budi Sebening Ingatan

kenangan bersama antara pensyarah yang hadir

Kepada rakan-rakan..nice to meet you dan khas kepada semua pensyarah yang pernah mengajar kami dan pernah mengenal kami, jutaan terima kasih dan ampun maaf jika ada salah dan silap kami. Semoga kita berjumpa lagi.

Thursday, March 25, 2010

Perubatan Tradisional

Walaupun kita telah berada di zaman serba moden, namun dari segi kaedah perubatan, masih ada sesetengah daripada kita yang mengamalkan kaedah Perubatan tradisional. Dari segi istilah, pengamal perubatan moden dipanggil doktor sementara dalam perubatan tradisional dipanggil bomoh, dukun, sinseh, mandrawathy dan nattuvathiyan.
'Doktor ' meninjau jenis penyakit untuk membuat Need Requirement Analysis (Satu penilaian sistematik mengenai penyakit semasa pesakit & satu set keadaan yang yang bagaimana yang diingini )

Setelah itu strategi dirangka dan bersiap sedia untuk memulakan sesi pengubatan

Sesi mengubati bermula - mantera dan jampi serapah dibaca. Masa ini kamerapun akan blurr


Namun kekadang ada juga yang tidak berjaya - tok bomoh perlu membuat refleksi!

...dan kalau bomoh tak cukup ilmu di dada, dia pun akan dijangkiti sama!
*gambar ini hanya hiasan semata-mata

Saturday, March 20, 2010

Klip Video Projek Penjimatan Elektrik

video

Sekalung penghargaan terutamanya kepada Prof. Madya Dr. Ruhizan Mohd Yasin selaku penyelia projek. Di samping itu ucapan terima kasih juga buat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, PIBG , guru & staf serta pelajar-pelajar SJK (T) Desa Cempaka yang sudi menerima dan menjayakan projek ini.

Ikhlas daripada:

  1. Sundraj a/l Letchumanan
  2. Sukimin bin Juki
  3. Menahai a/p Karupiah
  4. Ahmad Kashfi b. Mohd. Ali
  5. Saroja a/p Ramiah

Tuesday, March 9, 2010

Borang maklumat pelajar yang akan tamat pengajian

PENTING!

Hari Isnin baru ni saya ke UKM berjumpa En. Jamal untuk urusan lawatan ke Bangkok. Beliau ada bagi satu borang bagi tujuan graduasi yang perlu diisi oleh semua rakan PKPGB K3. Harap kawan-kawan boleh dapatkan borang tersebut daripada Penghulu Ismail masa minggu belajar. Sediakan 1 salinan muka depan kad pengenalan. Tarikh tutup pada 31 Mac 2010 dan perlu dihantar ke Unit Akademik. Lebih senang kalau dihantar secara pukal. Sekarang borang ni masih dengan saya.

Permohonan Pertukaran Teknologi SchoolNet

  1. Kontrak SchoolNet telah tamat pada 24 Ogos 2009 dan kini disambung sebagai Projek SchoolNet Fasa 2 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi(PRE) bermula pada 25 Ogos 2009 hingga 31 Disember 2010. Ia masih lagi di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan bukannya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  2. Bajet yang diperuntukkan untuk projek Fasa 2 ini hanya RM104 juta yang dikhususkan untuk penyenggaraan dan pembayaran bil berulang sahaja.
  3. Pada masa ini KPM telah menerima banyak permohonan dari sekolah-sekolah untuk memohon pertukaran teknologi. Namun demikian ia tidak dapat diluluskan dan dilaksanakan buat masa ini akibat kekangan bajet Kerajaan.
  4. Sebarang kerosakan SchoolNet (hubungi 1300882888) masih disenggarakan oleh pihak GITN Sdn.Bhd. (GSB) sehingga 31 Disember 2010.
  5. Sebagai alternatif pihak Kementerian juga memberi cadangan sekiranya masalah talian SchoolNet berlarutan melebihi 3 bulan dan tidak mampu dibaiki oleh pihak GSB, maka pemasangan talian lain dibenarkan dengan syarat semua kos ditanggung oleh pihak sekolah.
  6. Mulai awal tahun 2011 pihak KPM akan mengambil sepenuhnya projek ini.

    Muat turun di sini

Sunday, March 7, 2010

Penilaian GGGB 4113

Kepada rakan-rakan, jangan lupa emelkan penilaian kursus Sains Kehidupan Dalam Pendidikan seperti yang dimaklumkan oleh Hjh Cik Halimah:

1. Latar belakang pelajar
2. Komen mengenai kursus
3. Impak projek
4. Cadangan penambahbaikan kursus

Emelkan kepada: imah@ukm.my, ruhizan@ukm.my dan norzai12@ukm.my

Wallahuaqlam..

Dr. Sani di sekolah saya

ni masa jemput beliau untuk program kemahiran keibubapaan

Ragam Kerete 'Prof' Khalil

Aksi Hari2 Terakhir Kuliah di UKM


bersama Penyelaras

Saturday, March 6, 2010

Hi Min!! Saya rasa baik kita tukar tajuk kepada ' Pembentangan Terakhir PKBG Kht 3!! Sebab hari ini last day lecture di UKM(sedih gak!). 'Bagaimanapun'(Sorry Min!! dah merebak...) kita dapat info baru ttg akaun dan dll....
Jumpa lagi masa study week...Harap semua score kali ini(tiada yang below 3point)!. Saya belum mula lagi....!!!!

Friday, March 5, 2010

Pembentangan hari ini


Cik Hajah Halimah Harun dan PM Dr. Norzaini Azman hadir pagi ini untuk melihat pembentangan kumpulan terhadap projek-projek yang kumpulan di bawah penyeliaan telah mereka telah jalankan

Cadangan Skop Dokumentasi



CADANGAN SKOP DOKUMENTASI

PENGURUSAN SEKOLAH DALAM UNIVERSITI

PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL PENGURUSAN PENDIDIKAN

PKPGB KOHOT 3

KE UNIVERSITI CHULALONGKORN, BANGKOK, THAILAND.

1 APRIL HINGGA 4 APRIL 2010



KUM

PULAN

NAMA AHLI

SKOP




1

En. Sundraj A/L Letchumanan

En.Ismail bin Supandi

En. Kannaan a/l Subramaniam

Pn. Wan Nor Fadriah Bt. Wan Idris

Pn. Hodijah bt. Johari


DASAR


  • Hala tuju
  • Tujuan
  • Polisi
  • Syarat kemasukan
  • Pengurusan dan pentadbiran

-autonomi/berpusat/tidak berpusat




2

En.Sukimin bin Juki

En. Ali bin Likal

Mohd Tahir B.Abdul Talib

Pn.Fatimah Bt. Embong

En. Kamarudin bin Said

TENAGA PENGAJAR


  • Pembayaran gaji
  • Perbezaan latihan guru
  • Kuota berbanding pelajar
  • Lain-lain yang berkaitan




3

Pn. Menahai a/p Karuppiah

En. Idahap bin Busrah

En. Appunni a/l Velayadhan

En. Ahmad Kashfi bin Mohd Ali

Pn.Fatimah bt. Husain

En. Rozali bin Awang Soh


PRASARANA


  • Jenis prasarana
  • Saiz sekolah
  • Sumber kewangan
  • Lain-lain yang berkaitan



4

Pn. Gracy a/p Anthony

Pn. Aliza Binti Abdul Manan

En. Asman Bin Hj.Harun

Pn. Saroja a/p Ramiah

En. Tan Kuang Wui

KURIKULUM


  • Perbezaan dengan sekolah di luar
  • Pembinaan kurikulum
  • Penilaian dan peperiksaan
  • Lain-lain yang berkaitan



5

En.
Abd.Razak Bin Abu Bakar

En. Nagaretnam A/L Muthayan

Pn. Rohlaizatul'Akmal Bt. Mohamad Sanusi

En. Mohd Khalil bin Lebai Mat

En. Abang Khadari bin Abang Bolhassan

PENCAPAIAN/OUTPUT


  • Sejauh mana pencapaian
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Lain-lain yang berkaitan


Bergambar ramai

Sempat bergambar dengan Dr. Izham dan En. Jamal

Thursday, March 4, 2010

Pesanan Dr. Izham

Sebaik tamat persembahan Raj, bekas penyelaras program Dr. Mohd. Izham Mohd. Hamzah telah memberi pesanan ringkas. Ada 6 perkara yang pemimpin perlu ambil berat selepas ini:

  1. Pemimpin kena beri komitmen yg tinggi thdp tugas, staf
  2. Pemahaman kita terhadap stakeholders. Siapa stakeholders kita – PIBG, FELDA, JHEOA dsb
  3. Pilih orang yang sesuai dengan tugas. Jangan favouritism. Buat latihan untuk jadikan pandai bg org yg tak pandai
  4. Pembangunan polisi kualiti – kena betul dan tepat untuk sekolah masing2
  5. Strategi yang betul dan tepat untuk implementasi
  6. Komunikasi

Penghulu dalam ucapan penghargaan siap beri pantun lagi. Tapi tak dapat taip...laju sangat