Thursday, April 29, 2010

KONVOKESYEN UKM 2010

Maklumat terkini dari Sukimin & Pn. Hafzam, Konvokesyen UKM 2010 ialah pada 7 - 10 Ogos 2010. Untuk Fakulti Pendidikan ialah pada 9 Ogos 2010 sebelah pagi. So, bolehlah mula tempah baju yang glamour & vogue gitu. Bagi Iza, yang penting masa tu Insyaallah Iza dah lepas pantang. Ok, kita jumpa masa konvo nanti.

Tuesday, April 13, 2010

TAHNIAH TAHNIAH


Tahniah kepada semua kawan-kawan kerana telah berjaya merentasi halangan terakhir(exam). Tentu tiada yang 'below 3.0 kan!! Sekarang kita tunggu saja hari konvo bersama keluarga tersayang!!.( Saya baru terima keputusan semester leaps yang sah kerana latihan ilmiah TL). Wow..dapat A-... tak sangka..)

Tuesday, April 6, 2010

NKRA - Tugas Kita

Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan SKPM Dalam Laman Sesawang NKRA-Pendidikan

PERKARA

TARIKH

TINDAKAN

1

Sekolah Memasukkan data SKPM 2009

05-09 April 2010

  • Pengetua

2

Pemantauan Pengisian Data SKPM secara online

05-09 April 2010

  • JNJK

3

Pemantauan Pengisian Data SKPM secara online

05-09 April 2010

  • PPD

4

Semakan Data SKPM 2009 secara online

12-16 April 2010

  • JNJK

5

Sekolah menyemak GPS PMR, SPM dan PGNK STPM dan ranking sekolah dalam portal NKRA Pendidikan

19-24 Mei 2010

  • Pengetua

6

Tarikh akhir sekolah memaklumkan perubahan GPS PMR, SPM dan PGNK STPM dan ranking sekolah dalam portal NKRA Pendidikan sekiranya ada

24 Mei 2010

  • Pengetua

7

Perakuan menerima Tawaran Baru oleh Pengetua melalui laman sesawang NKRA-Pendidikan dan mencetak perakuan menerima Tawaran Baru

31 Mei - 04 Jun 2010

  • Pengetua

8

Menghantar sesalinan dokumen perakuan menerima Tawaran Baru oleh Pengetua kepada PPD

07-11 Jun 2010

  • Pengetua

9

Pemantauan dan pengesahan penerimaan Tawaran Baru oleh PPD secara online

07-11 Jun 2010

  • PPD

10

Pemantauan penerimaan Tawaran Baru secara online

07-11 Jun 2010

  • JNJK

EMIS Online

Kementerian Pelajaran telah menyediakan satu kemudahan untuk guru melihat rekod EMISnya di laman web Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan. Ia boleh diakses melalui Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS.

Kata laluan default adalah nombor KPT. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut. Untuk melakukannya, klik pada Fungsi Lain dan diikuti dengan Tukar katalaluan.

Monday, April 5, 2010

Majlis pemulangan kunci Kolej Zaaba!!


Hai kawan2 yg saya kasihi dan akan diingati sepanjang hayat! Saya rasa semua kawan sudah pun pulang kepangkuan keluarga masing2 dan akan kembali bertugas dan alami kehidupan sebelum 6.7.2007. Harap2 pengalaman hampir 3 tahun di UKM yg indah ini akan menjadikan kita insan yang lebih berguna kepada insan yg lain di dalam dan di luar profesion yang tercinta ini. Tok Penghulu, 'Prof' Khalil dan saya adalah orang yang terakhir meninggalkan kolej. Kami telah ke pejabat Kolej Zaaba untuk menyerahkan baki kunci bilik. Agak terasa hiba apabila melihat blok2 Zaaba yang telah kita duduk selama ini walaupun(Sorry Sukimin!!) saya tidak tinggal setiap hari seperti rakan-rakan lain kecuali semester akhir ini. Apa nak buat/..Life goes on!!...Saya bercadang untuk membuat 'posting' lebih kerap di blog kita ini dan berharap rakan-rakan akan memberi 'feedback' kpd saya di sundraj@streamyx.com. Selamat bertugas dan jumpa lagi di bulan Ogos.

Minum di kedai mamak

Selepas meletakkan beg di bilik, masing-masing melepas rindu dengan masakan Malaysia sambil menjadi sesi mengeteh kali terakhir di kedai mamak Ameer Ali, Bangi. Ismail, Asman, Kamarudin, Khalil, Ali, Abang, Kanan, Sundraj dan aku berkumpul minum sambil menonton bola Real Madrid dan Racing.

Selamat Sampai

Alhamdulillah selamat sampai semula ke tanah air kira-kira jam 11.30 malam setelah nerada di Thailand selama 4 hari 3 malam. Lawatan ke Uiversiti Chulalongkorn amat memberangsangkan. Rata-rata ahli rombongan amat berpuashati dan benar-benar enjoy dengan pelbagai program yang diatur.

Saturday, April 3, 2010

Buat Teman-teman Sekalian

Teman-teman
Selamat melawat Thailand dan saya doakan semuanya succes dan kembali semula ke tanah air pada malam ini Ahad 4 April 2010. Lawatan ke Bangkok pada kali ini saya tidak bersama memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sejak Disember 2009 lalu.Periksa baru-baru ini pun saya terpakasa gaghkan diri dan berulang alik setiap hari dari Kuala Selangor ke UKM.Saya tidak suka memberitahu orang atau rakan-rakan berkenaan kondisi kesihatan saya,kerana bagi saya ini ujian tuhan yang mesti saya hadapi dan berikhtiar mencari penawar untuk menyembuhkannya.Kini keadaan saya agak baik setelah tamat pengajian tempohari.Pada rakan-rakan saya memohon banyak maaf sepanjang tempoh pengajian jika ada kelemahan pada diri saya.Pada pensyarah semua, terimakasih atas segala ilmu yang diberikan>Insyaallah pada teman dan pensyarah,pastinya pada satu masa nanti kita akan berjumpa lagi........Terima kasih atas segalanya daripada Mohd Rozali Bin Awang Soh SK Jalan Raja Musa 45000 Kuala Selangor,Selangor Darul Ehsan