Saturday, May 10, 2008

Selamat Menempuh Peperiksaan Sem 2

Kepada semua rakan, saya mengambil kesempatan untuk wish you all, "Selamat Menempuh Peperiksaan Semester 2, Semoga Kita Mencapai Sasaran Anugerah Dekan"

KOHOT 3 BOLEH!!!

Packing untuk Khidmat Masyarakat II




MAKLUMAN

Bagi anda2 yang belum menyerahkan bahan untuk sumbangan Khidmat Masyarakat di Bandung, sila berbuat demikian secepat mungkin. Boleh serah kepada Abang, Idahap atau saya sendiri. Wajib tau!

Ini gambar masa AJK Kebajikan sedang packing barangan sumbangan pada 8 April 2008. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menyumbang. Semoga sumbangan kita akan memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anak-anak yatim di sana.

Kepada anda yang telah menyumbang, jika anda ingin menambahkan jumlah sumbangan, anda boleh menderma dalam bentuk RM atau wang Rupiah. Doakan semoga program kita yang julung-julung kali ini berjalan lancar dan diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah.

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW;

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam maka terputus lah segala amalannya kecuali 3 perkara:
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

having breakfast at mamak restoran sebelum exam


Masa ni aku tengah sarapan dengan Kanan, Tan dan Kashfi (Kanan yang belanja - terima kasih Kanan!). Aku amik gambar on the spot dengan menggunakan Nokia E51 (kameranya 2.0 megapixel) dan dengan menggunakan kebolehan WiFi telefon tu aku membuat sambungan ke AP yang terdapat kat kedai mamak ni (default), terus aku membuat posting ke blog ini. Lepas breakfast kita orang terus ke DTAMS untuk MUET. Tapi dengar citer yang Tan dan Kanan sesat sampai ke Kolej Keris Mas!

Friday, May 9, 2008

Selamat Menjalani Peperiksaan Semester 2

Semoga semua sudah menyiapkan tugasan masing-masing dan bersedia untuk berjuang bersenjatakan pen dan kertas di medan dewan peperiksaan.

BORANG TNT

Sila hantar borang TNT yang dah lengkap kepada penghulu sebelum 14 Mei.

- Tuntutan bermula dari 5 Mei hingga 18 Mei 2008
- Jumlah RM175.00 (14 hari)

ASSINGMENT

Assingment yang perlu dihantar segera!

1. Teknologi Pendidikan GGE2153
- CD multimedia - 2
- Poster - 1
- Foto A3 - 1

2. IT Dalam Pengurusan Pendidikan
- Projek kumpulan
- Webquest

3. Isu-Isu Dalam Pendidikan Sukan dan Rekreasi
- Long Life Learning
- Sexism
- Handycap
- Culturetism
- Elitsm
* pilih 3 tajuk sahaja.

Friday, May 2, 2008

MINGGU STUDY UNTUK PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA KEKAWAN PKPGBK3UKM,

Sekadar untuk peringatan.

5 hb Mei 2008 - Minggu persediaan peperiksaan.

12 hb Mei 2008 - Peperiksaan Sem. 2

6 dan 10 Mei 2008 - Muet Test bagi yang berkenaan.