Saturday, May 24, 2008

Terima Kasih Dr. Izham

Gambar menunjukkan Dr. Izham sedang menyampaikan sumbangan pakaian, permainan, alat tulis, beg dan wang tunai dari peserta PKPGB Kohort 3 di Panti Asuhan Wima Putra, Bandung

Mulai 21 Mei 2008 (Rabu, kita masih di Bandung), Dr. Mohd. Izham b.Hj. Mohd. Hamzah, Penyelaras PKPGB telah dinaikkan ke Jawatan Ketua Pengurusan Kualiti Fakulti Pendidikan oleh Naib Canselor UKM. Dengan perlantikan tersebut maka beliau tidak lagi menjadi Penyelaras Program PKPGB.


Sebagai mewakili semua pelajar PKPGB, Kohort 3 khasnya, diucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa beliau selama ini. InsyaAllah ia akan tetap kekal di dalam sudut ingatan kami semua (terutama gelagat masing-masing sewaktu ditemuduga beliau)


Selamat Maju Jaya Dr. Izham!


p/s Tak sangka rupa-rupanya Bandung adalah tempat terakhir beliau sebagai Penyelaras PKPGB dengan kita semua.

Wednesday, May 21, 2008

majlis di upi

dr izham membentangkan kertasnya

Wednesday, May 14, 2008

Dari Guru Untuk Guru

Ditujukan kepada semua barisan pensyarah, rakan-rakan PKPGB UKM, rakan-rakan guru dan guru-guru yang telah mendidik kami sehingga menjadi guru.

Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


Selamat Hari Guru Kepada Semua Ahli PKPGB K3 UKM
Marilah sama-sama kita mengukir sejarah negara, seorang pemimpin hebat akan lahir dari didikan kita ...

Tuesday, May 13, 2008

Soalan Exam Sem 2

Apa macam kawan2? Soalan exam kali ni lebih susah ke lebih senang? atau lebih belajar ke atau kurang belajar? Entah ler.. Kalau diri saya la.. mungkin kurang belajar. Rasanya soalan Khidmat Masyarakat II lebih susah dari sem lepas. Lain-lain tu wokey la.

Ok, selamat menghabiskan exam dengan jayanya.

Monday, May 12, 2008

Release Tension & Discussion

Kekawan apa kata hari Rabu nanti kita gi Sg. Congkak nak, nak..nak..? Relax, release stres & buat discussion paper sukan kat tepi sungai.

Sumbangan Beg

Tadi aku bawa beg untuk sumbangan anak-anak yatim di Bandung. Belum apa-apa, kawan-kawan ada yang berkenan. Nasib baik aku bawa lebih. So, no problemlah. Sorry lah dapat bagi beg murah aje. Budget tak adalah. Murah atau mahal tak penting. Yang penting ikhlas nak bagi. Betul tak?

Habis dah satu paper

Paper Dr Arif/En. Yusof habis dah. Sekarang kena ready lak untuk paper Dr. Jamal. Good luck everbody!