Friday, October 31, 2008

Tugasan Puan Sri Dr. Rohaty

Hari ni Puan Sri balas e-mel saya. Beliau minta semua pelajar hantar tugasan individu Kajian Keciciran secepat mungkin. Beliau sedang menunggu. Saya sampaikan pesanan beliau sahaja. Jadi harap rakan-rakan dapat la hantar kepada Puan Sri melalui e-mel secepat mungkin.

Wednesday, October 29, 2008

HAPPY DEEPAVALI

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan yang berbangsa India. Semoga you all bergembira and may god bless you always.

Tuesday, October 28, 2008

BUKU DR SANI SUDAH ADA

Kawan-kawan, buku kedua Dr Sani dah ada pada aku. Sesiapa yang nak boleh dapatkannya dari aku di Putrajaya. Tapi sebelum nak datang tu telefon aku dulu sebab aku sekarang ni selalu outstation, takut bila korang datang aku tak ada di pejabat atau aku tak bawa buku tu. Lagi satu, kalau aku tak outstation, aku ikut my hubby outstation. Faham-fahamlah yer.

Saturday, October 4, 2008

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Iza dan anak-anak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan PKPGB Kohort 3 (IAB-UKM). Iza minta maaf jika selama kita bersama ada kata-kata atau tingkah laku Iza yang telah menyinggung perasaan kawan-kawan. Sejujurnya, ikhlas dari hati Iza semua itu tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kawan-kawan dan juga para pensyarah. Saya mohon maaf jika sepanjang kita bersama ada kata-kata yang terkasar dan menyinggung perasaan atau ada tingkah laku yang lepas laku menggugat perasaan. Semua adalah tanpa niat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Selamat Hari Raya, semoga rakan-rakan semua bergembira berhari raya bersama keluarga.

Selamat Hari Raya

Aku Sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan dipohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan kepada semua rakan-rakan dan tidak ketinggalan juga kepada para pensyarah.



M.NASIR - SUATU HARI DIHARI RAYA



Saturday, September 27, 2008

Cuti Hari Raya Sudah Bermula

Seronoknya.... cuti sudah bermula. Cuti yang panjang, cukup untuk qada' waktu tidur yang terlepas dalam masa tiga minggu yang lepas. Satu bulan yang sangat meletihkan. Tugasan yang perlu diselesaikan, kelas yang padat dan ditambah dengan keletihan berpuasa. Fuhhh! Memang sangat meletihkan. Ok kawan-kawan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.