Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat Lawatan ke Thailand

Prof. Dr. Ramli, Dr. Izham, Cik Helena, En. Jamal dan Dr. Jainabee
Petang ini telah diadakan mesyuarat penyelarasan lawatan ke Universiti Chulalongkorn. Antara yang menarik untuk dilawati ialah pengurusan sekolah rendah yang terletak di dalam Universiti.
tersebut yang mungkin sebagai perjumpaan terakhir sebelum masing-masing bersurai pada minggu hadapan dan bersedia untuk peperiksaan. En. Jamal mempengerusikan mesyuarat dan turut hadir ialah Dr. Mohd. Izham b. Mohd. Hamzah, Dr. Jainabee Kasim dan Prof. Dr. Ramli .
Lawatan ini menggunakan khidmat Everyone's Dream Holiday dan wakil syarikat Cik Helena dan Cik Watiu turut hadir.

Menurut En. Jamal, pihak pentadbiran universiti begitu berharap agar lawatan ini dapat menghasilkan satu buku.

Antara cadangan tema:
  1. Kepelbagaian pengurusan sekolah
  2. Perbandingan Thailand dengan Malaysia dalam aspek Pengurusan

Tema soalan: Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah dalam Universiti

Brainstorming:
  1. Pengurusan sekolah tu di bawah siapa? Universiti, Kementerian,
  2. Pengurusan sekolah dilantik, dibayar gaji, taraf jawatan, kaedah pemilihan dsb.
  3. Murid - di kalangan tenaga pengajar, penduduk sekitar, atau
  4. Kurikulum - serupa dengan sekolah-sekolah lain
  5. Kementerian yang ada di sana - macam di sini KPM dan KPT.
  6. Fokus ICT -
Hal-hal lain:
  1. Selepas exam, kita kena kosongkan 29 Mac. Mohon dilanjutkan agar boleh tinggal di asrama. En. Jamal minta urusetia sediakan surat permohonan perlanjutan tu.
  2. Pakaian rasmi di ChulalongkornStudent pakai baju rasmi
  3. Mohon dapatkan SIM card, adapter - syarikat
  4. Pergerakan keluar kena maklum kepada ketua
  5. Cuaca lebih kurang di Malaysia
  6. Mohon senarai mereka yang nak tinggal di asrama, hantar kepada Abang Khadari
  7. Cenderamata
  8. Makanan -pantang eg vegetarian
  9. Fotografi - pastikan ambil sekali untuk kegunaan buku
Mesyuarat ditangguhkan 4.25 petang.
Jamuan ditaja oleh Everyone's Dream Holiday

Friday, January 15, 2010

Mesyuarat Program Pengantarabangsaan Pengantar Etika



Sedang berlangsung mesyuarat tersebut dengan dipengerusikan oleh En. Jamal. Yang hadir ialah Ismail, Akmal, Wan, Asman, Liza dan aku. Helena pun turut sama. Keputusan diambil berdasarkan beberapa perkara kos dan masa. Diputuskan program ini adalah 4H/3M iaitu 1 hingga 4 April 2010 dengan destinasi utamanya ke Universiti Chulalongkorn. Semua diminta membayar RM500 secepat mungkin kepada bendahari untuk urusan penempahan tiket penerbangan.

Sila isi borang permohonan ke luar negara dan cuti mengikut contoh seperti dalam blog Wan.

Saturday, October 31, 2009

Sekolah Dasar Serayu, Yogyakarta

Kepala Sekolah Mohd. Arofi dan penolong kanannya

Tetamu sedang menyaksikan persembahan secara lesehan sahaja

Nyanyian solo yang boleh dikatakan pro


Cerita Rakyat - Pulau Belugbak


Nyanyian band pelajar Tahun 4 dan 6


Ini kali kedua melawat sekolah di Indonesia. Antara yang hebat tentang sekolah-sekolah di sini ialah kebolehan mereka membangunkan pelajar-pelajar dengan lebih holistik. Petah bertutur, dekat dengan seni persembahan dan berani adalah antara elemen-elemen yang melekat di kalangan pelajar-pelajar walaupun mereka datang dari keluarga yang sosio ekonominya rendah.

Wednesday, June 4, 2008

Lawatan ke Bandung

Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu memudahkan saya berurusan dengan pihak yang berkenaan di Bandung. Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terutama Tn. Hj. Elias Jafary atas kerjasama yang sangat erat daripada mula hingga selesai program kita di Bandung. Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada pihak Walikota Bandung, Dinas Pendidikan Propinsi Jawa Barat, Universitas Pendidikan Indonesia khususnya Fakultas Ilmu Pendidikan, SD Negeri Banjasari, dan juga Panti Sosial Asuhan Anak Wisma Putra kerana sudi menerima kehadiran kami dan menyambut kami dengan penuh kemesraan. Terima kasih daun keladi, umur panjang kita berjumpa lagi.