Thursday, August 20, 2009
H1N1: SK Seksyen 2 Bandar Kinrara Diarah Tutup
Sekolah aku ditutup seminggu mulai 17 hingga 24 Ogos 2009 gara-gara wabak H1N1.
17.08.09 (Isnin): Sekolah aku telah diarahkan ditutup mulai jam 12 tengah hari tadi sehingga 24 Ogos 2009 akibat terdapatnya jangkitan virus influenza A H1N1 di kalangan pelajar. Pagi tadi 3 orang wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah hadir untuk mengeluarkan surat perintah penutupan premis.
Sehubungan itu semua aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu ini seperti Kem Bestari Solat (Rabu), Ceramah Motivasi Tahun 5 (Khamis), Solat Hajat (Khamis) dan Special Prayers (Jumaat) adalah dibatalkan. Begitu juga dengan kelas-kelas tambahan untuk calon UPSR dan aktiviti lawatan ke KLCC.
Bila keadaan mengejut, kelam-kabut dibuatnya nak uruskan banyak perkara dalam tempoh waktu yang singkat. Apa yang merungsingkan lagi ialah persiapan calon UPSR yang terjejas. Pulak tu sekarang ni tengah dalam minggu program Pecutan Di Saat Akhir.
Memandangkan cuti sekolah pertengahan penggal 2 akan bermula pada 22 sehingga 31 Ogos, maka sekolah akan terus bercuti mulai esok sehingga tamat cuti sekolah. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 1 September 2009 (Selasa).
Akibatnya, inilah rupa aku dengan anak aku sekarang .....
Subscribe to:
Posts (Atom)