Wednesday, December 17, 2008

Borang soal selidik Pn. Sri Dr. Rohaty

Kawan-kawan dah hantar ke beborang tu? Saya pun lewat sehari, terus hantar guna pos ekspress.

Saturday, December 6, 2008

Sekitar Minggu Exam


Terperangkap dalam hujan selepas kelas ulangkaji Dr. Jamil

Dr. Jamal ajak minum cendol kat depan kilang Hitachi.


Saturday, November 29, 2008

All the best to you!!

Kepada rakan-rakan PKPGB K3,

Selamat Menghadapi Peperiksaan Semester 3 (Sem 1 Tahun 2 ). Semoga kita semua lulus cemerlang.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga segala amalan dan pengorbanan kita di terima Allah s.w.t.

All the best to you!!

Friday, October 31, 2008

Tugasan Puan Sri Dr. Rohaty

Hari ni Puan Sri balas e-mel saya. Beliau minta semua pelajar hantar tugasan individu Kajian Keciciran secepat mungkin. Beliau sedang menunggu. Saya sampaikan pesanan beliau sahaja. Jadi harap rakan-rakan dapat la hantar kepada Puan Sri melalui e-mel secepat mungkin.

Wednesday, October 29, 2008

HAPPY DEEPAVALI

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan yang berbangsa India. Semoga you all bergembira and may god bless you always.

Tuesday, October 28, 2008

BUKU DR SANI SUDAH ADA

Kawan-kawan, buku kedua Dr Sani dah ada pada aku. Sesiapa yang nak boleh dapatkannya dari aku di Putrajaya. Tapi sebelum nak datang tu telefon aku dulu sebab aku sekarang ni selalu outstation, takut bila korang datang aku tak ada di pejabat atau aku tak bawa buku tu. Lagi satu, kalau aku tak outstation, aku ikut my hubby outstation. Faham-fahamlah yer.

Saturday, October 4, 2008

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Iza dan anak-anak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan PKPGB Kohort 3 (IAB-UKM). Iza minta maaf jika selama kita bersama ada kata-kata atau tingkah laku Iza yang telah menyinggung perasaan kawan-kawan. Sejujurnya, ikhlas dari hati Iza semua itu tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kawan-kawan dan juga para pensyarah. Saya mohon maaf jika sepanjang kita bersama ada kata-kata yang terkasar dan menyinggung perasaan atau ada tingkah laku yang lepas laku menggugat perasaan. Semua adalah tanpa niat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Selamat Hari Raya, semoga rakan-rakan semua bergembira berhari raya bersama keluarga.

Selamat Hari Raya

Aku Sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan dipohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan kepada semua rakan-rakan dan tidak ketinggalan juga kepada para pensyarah.



M.NASIR - SUATU HARI DIHARI RAYA



Saturday, September 27, 2008

Cuti Hari Raya Sudah Bermula

Seronoknya.... cuti sudah bermula. Cuti yang panjang, cukup untuk qada' waktu tidur yang terlepas dalam masa tiga minggu yang lepas. Satu bulan yang sangat meletihkan. Tugasan yang perlu diselesaikan, kelas yang padat dan ditambah dengan keletihan berpuasa. Fuhhh! Memang sangat meletihkan. Ok kawan-kawan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 26, 2008

Penyelaras PKPGB yang Baru

En. Jamalul Lail b. Abdul Wahab telah menggantikan Dr. Mohd. Izham b. Haji Mohd. Hamzah sebagai Penyelaras PKPGB yang baru mulai Jun 2008.

Wednesday, September 24, 2008

Saturday, September 20, 2008

Assignmnets

Aduhai...banyak lagi assignments nak siapkan...phew!!!!!!!.... kawan-kawan macam mana?..Mesti tengah sibuk nak buat kan? Hari Isnin nak siapkan tugasan Dr.Sani... tengah buat ni...nak rehat kejab buat posting..Ok. happy lah kejab...

Tuesday, September 16, 2008

Cara Nak Buat Posting dan Accept Invitation Jadi Contributor

Untuk Membuat Posting:
1- Mula-mula kena ada right (adminstrator invite kita melalui emel dan kita dah jawab setuju terima)
2- Masukkan ke blog, pada penjuru atas sebelah kiri ada Create Blog dan Sign in. Klik Sign in
3- Masukkan username dan password
4- Bila berjaya masuk, penjuru atas sebelah kiri akan bertukar menjadi New Post dan Sign Out. Klik pada New Post
5- Masukkan tajuk pada Title. Jika nak masukkan gambar, klik pada ikon Add Image, nak masukkan video klik pada ikon Add Video. Lepas tu ikut arahannya.
6- Masukkan isi cerita7- Klik Publish Post
Untuk menjadi penyumbang di dalam blogspot
Kita tidak semestinya perlu ada akaun gmail. Mana-mana akaun emel pun boleh. Sebagai contoh akaun yahoo dan hotmail. Apa yang perlu dibuat ialah Administrator (dalam blog ini Asman) invite akaun emel tersebut.
Pemilik akaun emel yang diundang tersebut akan menerima emel undangan daripada administrator (sebagai contoh lsr51261@yahoo.com) dengan tajuk emel You have been invited to contribute to ..........;s blog. Antara kandungan emel tersebut ialah To contribute to this blog, visit: http://www.blogger.com/i.g?inviteID=.............. You'll need to sign in with a Google Account to confirm the invitation and start posting to this blog. If you don't have a Google Account yet, we'll show you how to get one in minutes. Jika bersetuju untuk menjadi contributor:
1- Klik pada hyperlink yang disertakan di dalam emel tersebut http://www.blogger.com/i.g?inviteID=...............
2- Masukkan alamat emel kita (yahoo/hotmail/gmail) di dalam ruang Username (Email). Masukkan password (minimum 8 aksara) di dalam ruang Password. Password ini tak semestinya sama dengan password akaun emel tersebut. Namun untuk mudah ingat, berikan password yang sama.
Klik Accept Invitation.
3- Blog tersebut akan tersenarai dalam Dashboard kita
4- Tamat

Sunday, September 14, 2008

Kerja Terjemahan

Aku masih lagi dengan kerja terjemahan artikel. Mungkin ada antara kita yang terlupa address webpage yang mungkin dapat membantu kita membuat terjemahan tersebut. Jadi klik sahaja pada link di bawah ini:
http://www.citcat.com/green_ov.jsp?lang+2
Cara guna? Hmmm klik pada tab Terjemah. Lepas tu taiplah ayat2 yang nak diterjemahkan di dalam kotak yang disediakan. Klik butang Terjemah. Zap dapat terjemahannya di kotak bawah. Walau bagaimanapun berhati-hati sebab kekadang direct translationnya jadi mengarut. Contohnya tajuk aku ni 'young children starting school: a fine example of home-school partnership'. Bila dia terjemahkan menjadi 'permulaan anak-anak muda sekolah: satu contoh seni kumpulan rumah perkongsian'. Tak ke haru bila perkataan fine tu dia terjemahkan jadi seni. Nasib baik tak diterjemahkan sebagai denda!
Perit juga nak kena siapkan dalam seminggu dengan beberapa assignments lain yang nak kena buat sama. Hmmmm...terjemahan ni bukannya calang-calang punya kerja. Dulu dulu dulu bolehlah ada yang perabis sampai RM500, sekarang ni nampaknya sorry ler...zaman gawat ekonomi, kena berjimat. Tapi apa-apa pun aku simpati pada Tan & the gang yang kena buat 88 muka surat.

Saturday, September 13, 2008

Penjenamaan baru blog PKPGB K3

Tahniah! Nampak lebih ayu dengan wajah baru.

Kepada rakan-rakan lain, harap dapat post sesuatu sekurang-kurangnya satu setiap bulan. Tulis la apa-apa yang berkaitan dengan kita. Banyak cerita tentang kita untuk dikongsi bersama. Baru la blog ni nampak happening..

Monday, September 8, 2008

The Class is Back!

Beginning from today until 7th October 2008 we'll gathers back. Hmmm... don't forget (or make-make forget) that this is fasting month. Please go straight to the class no transit at Bestari.

Tuesday, September 2, 2008

Pengesahan Peperiksaan

Tadi terima SMS yang berbunyi begini:
Salam. Tlg maklumkan kpd semua pljr pkpgb buat pengesahan pep dlm smpweb pd 1-5 sept. Denda akan dikenakan skranya tidak dibuat pngesahan. Tk. Khalizah

Sms ni aku terima dari Akmal, Kashfi dan Liza. So jangan lupa membuat pengesahan masing-masing. Sayangilah duit anda sempena zaman harga barang yang serba tinggi ini.

Saturday, August 30, 2008

Ucapan Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua rakan PKPGB K3 yang beragama Islam. Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah swt untuk mengerjakan ibadah dengan sempurna dan mengikuti pengajian dengan lancar.

Monday, August 11, 2008

Antara Yang Hadir: Terima Kasih!












Penghulu baru En. Ismail Supandi pun turut hadir bersama seisi keluarganya yang bergegas dari Pahang. Gambar kebanyakannya diambil oleh jurugambar ala-ala profesional Mr. Raj. Terima kasih Raj!


Tuesday, August 5, 2008

Selamat Bertemu Kembali


En. Ismail Supandi, Penghulu yang baru mengucapkan selamat pulang ke rumah masing-masing. Kelas ditangguhkan sementara dan akan bertemu kembali pada 8.9.08. Soalan: Esok ada kelas TAK...?

Ali Tunjuk Skill



Ali sedang menunjukkan skillnya membaca paper Tamil. Walau bagaimanapun perhatikan apa yang berlaku padanya setelah penat membaca.

Sudut Khas


Semua tempahan sudut khas hendaklah melalui En. Raj.

Terima Kasih En. Rozali


En. Rozali telah menjalankan tugas sebagai Penghulu Kohort 3 sehingga semalam, 4 Ogos. Semua ahli mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbang bakti beliau selama ini. Dalam gambar menunjukkan Dr. Izham bersama En. Rozali.

Dr.Radzani



Sempat tadi aku dengan Kashfi menjengah Dr. Radzani di biliknya. Memang sah dia ni orang sukan.

Monday, August 4, 2008

Thursday, July 31, 2008

Wednesday, July 30, 2008

Sawaadi Kap ke Pekan Baru



Nilai Murni: Patut Dicontohi


Tan sedang membetulkan susunan papan yang bersepah di tempat duduk awam.

4 Budak Nakal: Jangan Tiru Adegan Ini

Saturday, July 26, 2008