Monday, September 19, 2011

Bila Boleh Jumpa??

Petang tadi saya dapat sms dari Wan mengatakan Tan akan turun Kl pada 26 dan balik 29 Sept!! Dia cadang kita jumpa pada 27.09.2011. (memang dah lebih setahun kita tak jumpa..Konvo kita 08.09.2010!!) Bagus jugak tapi kami(GB SJKT NS) kena hadir sesi profesional bersama pengarah!! Dengar berita GB Kuala Pilah pun ada mesyuarat!! So macam mana kawan2?? Tan pula cadang pada 28.09.2011....!!...Harap dapat buat pada tarikh majoriti dapat hadir
Jom jumpa ASAP!!
Raj

Wednesday, July 6, 2011

PENEMPATAN DG 41 (KUP)

Hi, kawan-kawan semua,
Apa khabar semua? Hari ini dalam sejarah. Tidak terasa, hari ini 4 tahun yang lepas merupakan hari pertama kita menyertai Program PKPGB di UKM. Sekarang sudah lebih setahun kita menamatkan program itu. Jumaat yang lalu ia itu 01 Julai 2011, saya dan Abang Khadari baru saja menerima Surat Penempatan DG41 (KUP) dan harap selepas ini akan terima surat pengesahan perlantikan DG 41 tidak lama lagi dari SPP. Bagaimana dengan rakan-rakan yang lain ? Ada yang sudah terima juga kah? Harap semua akan mendapatnya dalam masa terdekat ini.

Genap 4 tahun!














Hi kawan2!! Sudah 4 tahun kita melangkah masuk ke UKM dan berdaftar di Kolej Zabba! Macam baru masuk belajar dah keluar degan ijazah! kepada yang sambung 'masters'..teruskan..saya dah lama head...master!! Ini gambar saja buat kenang-kenangan waktu kita baru masuk...masing-masing jadi GB sandaran!!!. Bila nak buat reunion ya?

Friday, July 1, 2011

Tan Handsome!!


Semua kontigen hari guru diraikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 15.05.2011 di Borneo Convention Center yang hebat. Tiba-tiba terserempak dengan Tan yang makin handsome!! Harap dia dapat kekalkan imegnya yang baru dan harap kawan-kawan lain juga dapat mengikuti langkah Tan khasnya yang mempunyai 'airbag'!! Gurau aje!!

HARI GURU 2011 DI KUCHING



Kontigen NSDK dan saya di Borneo Convention Center di Kuching

Sunday, May 8, 2011

Tawaran DG41

Saya dah dapat surat pelantikan DG41 mulai 2 Oktober 2010 dengan gaji permulaan P1T26 tapi gaji tu lebih rendah dari gaji yang saya dah terima masa tu..skrg tgh buat rayuan dengan SPP. Mungkin mereka terlepas pandang BRP saya. Risau jugak ni.

Thursday, May 5, 2011

Monday, April 4, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Kami menanti..

Kami (Akmal, Asman & saya) menanti kawan-kawan kohot 3 untuk masuk balik ke UKM, seronok belajar ni..jom la

Thursday, March 10, 2011

TAWARAN DG 41

Aku baru terima surat tawaran DG41 hari ini manakala Abang Khadari kelmarin. Tarikh perlantikan DG 41 ialah 02 Oktober 2010. Lepas ini kena buat medical check up dan angkat sumpah lagi. Lah, macam mula-mula masuk bekerja 30 tahun yang lepas. Lecehlah. Bagaimana dengan kawan2 yang lain? Sudah ada yang dapat tawaran lebih awal?.

Monday, February 14, 2011

aku di bilik spp

hari ini aku kat bilik SPP.  yang aku jumpa aliza aje

Thursday, January 6, 2011

Temuduga

Apa khabar kawan-kawan? Lama tak buat 'posting' sorry...bz..bz..bz....!!!
Dah dapat tarikh temuduga ke?..Kamaruddin dah..lain macam mana?
All the best!!