Sunday, January 31, 2010

Projek Kumpulan Cik Halimah

Ini lah kumpulan kami
Kak Mah dikerumuni pelanggan keropok lekor
dah tinggal sikit, tak sampai 1/2 jam
antara barangan yang dijual

Pada 23 Januari baru-baru ini, kumpulan kami buat projek "Hari Usahawan Muda" di sekolah saya, SK Dengkil untuk paper Cik Halimah, Sains Kehidupan Dalam Pendidikan dengan kerjasama Panitia Kemahiran Hidup dan Kelab Usahawan Muda. Cikgu dan murid-murid tumpang seronok dan mereka cadangkan supaya adakan lagi program seperti ini. Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid SK Dengkil.

Friday, January 15, 2010

Mesyuarat Program Pengantarabangsaan Pengantar Etika



Sedang berlangsung mesyuarat tersebut dengan dipengerusikan oleh En. Jamal. Yang hadir ialah Ismail, Akmal, Wan, Asman, Liza dan aku. Helena pun turut sama. Keputusan diambil berdasarkan beberapa perkara kos dan masa. Diputuskan program ini adalah 4H/3M iaitu 1 hingga 4 April 2010 dengan destinasi utamanya ke Universiti Chulalongkorn. Semua diminta membayar RM500 secepat mungkin kepada bendahari untuk urusan penempahan tiket penerbangan.

Sila isi borang permohonan ke luar negara dan cuti mengikut contoh seperti dalam blog Wan.

Sunday, January 3, 2010

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Saya ingin mengambil peluang melalui blog ini untuk menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan peserta & pensyarah PKPGB Kohort 3 atas derma dan ucapan takziah mereka kepada keluarga saya semasa pemergian bapa mertua saya pada 31 Disember,2009. Jasa baik kalian semua sudah pasti akan menjadi ingatan saya sekeluarga untuk selama-lamanya. Semoga juga jasa baik kalian semua akan mendapat berkat daripada TUHAN yang maha Esa.
Sekian, Terima Kasih

Daripada:
Tan Kuang Wui (A 120866)
Peserta PKPGB
03.Januari 2010