PROGRAM LAWATAN SANDARAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Destinasi : Bandung , Indonesia
Tarikh : 19 - 23 MEI 2008
Kumpulan PKPGB K3 UKM akan mengadakan program tersebut sebagai melengkapkan keperluan kursus Khidmat Masyarakat ll . Program ini diselia oleh Dr. Jamaluddin Badusah, pensyarah Khidmat Masyarakat ll. Antara agenda lawatan ialah lawatan sesi akedemik dengan Universitas Bandung, lawatan ke rumah anak yatim dan beberapa tempat menarik di sekitar daerah Bandung.
Progarm ini diharapkan akan meningkatkan lagi kemahiran pengurusan dan pentadbiran di kalangan perserta serta menimba pelbagai penagalaman yang menarik sewaktu sesi lawatan itu nanti. Menurut Dr. Jamaluddin, program ini akan dinilai dari segi pengurusan dan pelaksanaan oleh para peserta yang melibatkan aspek-aspek prosedur di universiti, pelepasan dari pihak majikan, komunikasi, kewangan dan pendokumentasian program ini nanti.
No comments:
Post a Comment