Kuliah subuh hari tu, ustaz Jakim kata mengikut kajian ulama, kalau puasa hari Sabtu, kemungkinan besar malam lailatulqadar jatuh pada 23 malam. dah lepas buat masa ni. tapi dia kata mungkin juga pada 10 malam ganjil terakhir. Jadi doakan supaya kita tetap sihat dan boleh melakukan amal ibadah. Kata ustaz tu lagi, buat ibadah ni tak boleh macam kontraktor. Sekali dapat untung berjuta, tak perlu kerja teruk-teruk buat beberapa ketika. Ibadah kena buat sentiasa walaupun kita rasa dah banyak buat ibadah. Sebab tu Allah Taala tak tetapkan bila malam lailatulqadar.
Kata ustaz tu lagi, Nabi dan sahabat dulu sedih bila Ramadhan nak berakhir tapi kita gembira sebab dah dekat nak raya. Kita mcmana? wallahuaqlam bissawab..
Selamat Beramal..
Sunday, September 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment