Saturday, October 31, 2009

Universitas Gadjah Mada







Sekolah Dasar Serayu, Yogyakarta

Kepala Sekolah Mohd. Arofi dan penolong kanannya

Tetamu sedang menyaksikan persembahan secara lesehan sahaja

Nyanyian solo yang boleh dikatakan pro


Cerita Rakyat - Pulau Belugbak


Nyanyian band pelajar Tahun 4 dan 6


Ini kali kedua melawat sekolah di Indonesia. Antara yang hebat tentang sekolah-sekolah di sini ialah kebolehan mereka membangunkan pelajar-pelajar dengan lebih holistik. Petah bertutur, dekat dengan seni persembahan dan berani adalah antara elemen-elemen yang melekat di kalangan pelajar-pelajar walaupun mereka datang dari keluarga yang sosio ekonominya rendah.

Friday, October 30, 2009

Wednesday, October 28, 2009

Bilik 611 Hotel Best Western Premier, Solo


Cara-cara menambah kewangan di negara orang

Lihatlah betapa kreatifnya mereka .... hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Jadi supir
Hanya bermodalkan bekas air terbuang
Kalau dah betul2 terdesak, tebalkan muka, jaga kamar kecil pun OK juga

Aksi Seorang Jurukamera




Tuesday, October 27, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Mesyuarat Yogjakarta




Surat Pekeliling Ikhtisas hingga 2003

Kalau kau orang nak senarai Surat Pekeliling Ikhtisas, di bawah dan di sebelah.....


2001
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2001 : PEMILIHAN PAKEJ PENGKHUSUSAN SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH ATAS
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2001 : STATUS MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM KBSM
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001 : PINDAAN BAGI PARA 2 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/1998 PANDUAN TENTANG UMUR MASUK SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH SERTA UMUR MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAGI SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN SEKOLAH SWASTA
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2001 : PINDAAN SYARAT KELAYAKAN MEMINJAM BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2001 : BATARAN KUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DI SEKOLAH
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001 : PERINGATAN MENGENAI PENGARUH NEGATIF CYBERCAFE DAN PUSAT PERMAINAN VIDEO TERHADAP MURID-MURID SEKOLAH
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 :GARIS PANDUAN PAKAIAN GURU KETIKA BERTUGAS DI SEKOLAH
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 : PEMANTAPAN PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 : PENGLIBATAN PELAJAR DENGAN KEGIATAN NEGATIF
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 : SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2001 : PINDAAN SYARAT KELAYAKAN MEMINJAM BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2001 : GERAKAN MEMBACA DI SEKOLAH-SEKOLAH MELALUI PERSATUAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI
2002

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2002 : PELAKSANAAN MATA PELAJARAN SAINS SUKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2002 : PELAKSANAAN SUKATAN PELAJARAN YANG DISEMAK SEMULA BAGI KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2002 : PELAKSANAAN KALKULATOR SAINTIFIK DI SEKOLAH MENENGAH BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA-MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2002 : PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 : LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2002 : PENGGUNAAN KALKULATOR SAINTIFIK DI SEKOLAH MENENGAH UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PEPERIKSAAN KEBANGSAAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2002 : PELAKSANAAN MATA PELAJARAN ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY (EST)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2002 : PENAWARAN MATA PELAJARAN BAHASA TAMBAHAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2002 : PELAKSANAAN MATA PELAJARAN SAINS TAHAP SATU SEKOLAH RENDAH
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2002 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS MULAI TAHUN 1 DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DAN (T)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2002 : PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK), SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT), SEKOLAH MENENGAH (SM) DAN TINGKATAN ENAM MULAI TAHUN 2003
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2002 : PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) MULAI TAHUN 2003
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2002 : LARANGAN PENGGABUNGAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/2002 : PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2002 : TATACARA PELAKSANAAN TEMPOH BELAJAR BAGI PERSEKOLAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DAN DI PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SELURUH NEGARA
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2002 : PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH
2003
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2003 : STATUS PELAKSANAAN MATA PELAJARAN SAINS TAMBAHAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2003 : PINDAAN PELAKSANAAN BORANG PENENTUAN KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SPBT 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2003 : KE ARAH MEMBUDAYAKAN NILAI BERTERIMA KASIH
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2003 : PENGGUNAAN BUKU PANDUAN PENILAIAN PENCAPAIAN AL-QURAN KBSR
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2003 : PELAKSANAAN KURIKULUM SEMAKAN PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003 : DASAR PENGGUNAAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2003 : PENGGUNAAN BUKU LOG BAGI TUJUAN MEMANTAU LAKU MUSNAH (VANDALISM) DI KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2003 : PELAKSANAAN SISTEM LAPORAN ADAB BELAJAR (LAB) MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
http://www.moe.gov.my/jns/index.php?option=com_content&task=view&id=97&Itemid=135

Penghulu yang kool...


Semalam penghulu kita dah pun membuka akaun Facebook. Konon-kononnya nak upload gambar profil dia. Jadi akupun snaplah...tapi tak leh nak upload sebab maklumlah akses facebook guna handphone...terkedek-kedek.

Bayar, jangan tak bayar


Sempena lawatan ke Yogjakarta, semua diwajibkan menyelesaikan pembayaran pada atau

sebelum 21 Oktober 2009. Kelihatan Asman sedang akan membayar baki bayaran kepada bendahari Hj. Razak

Exam...Exam...Exam....

Jangan lupa asah pensil.....

#Nota: Merokok adalah merbahayakan kesihatan

Monday, October 5, 2009

Study lah beb!


Sekali imbas nampak macam rajin jer....tapi rupa-rupanya kaki last minute!

Saturday, October 3, 2009

Jamuan Aidilfitri & Deepavali 2009 Kohot 3 & 4 30.09.09

Majlis sambutan Hari Raya dan Deepavali ini telah diadakan di perkarangan blok Gerak Minda Fakulti Pendidikan pada 30 Seotember 2009 (Rabu) dari jam 8.30 hingga 11.00 malam. Di antara tetamu yang hadir ialah Dr. Norlena (Tim. Dekan), En. Jamalul Lail (penyelaras program), PM Dr. Zuria, Dr. Izham (bekas penyelaras), Dr. Radzani, Dr. Salleh, Dr. Norasmah, En. Taib, Pn. Rozlina.
Idahap sedang berbual dengan Pn. Rozlina Tan

Dr. Norasmah bersama Aslam, anak lelaki bongsunya