Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar SK SEDC, Sibu Tahun 2010 (Projek Untuk Subjek Sains Kehidupan - Kump. Tan/Idahap/Abang/Aliza) telah dijalankan di perkarangan sekolah SK SEDC, Sibu mulai 25 Januari 2010 hingga 30 Januari 2010. Projek tersebut melibatkan lebih kurang 80 orang pelajar tahun lima dan guru-guru serta staf sokongan sekolah ini. Projek ini dianjurkan dengan kerjasama 4 orang peserta Program PKPGB Kohort 3 Universiti Kebangsaan Malaysia ia itu En. Tan Kuang Wui yang juga Guru Besar SK SEDC, Sibu, Encik Abang Khadari bin Abang Bolhassan (Guru Besar, SK Batu 10, Sibu), Encik Idahap @ Masyhor bin Busrah (Guru Besar, SK Kampung Baru, Kapit) dan Puan Aliza binti Abdul Manan (Pembantu Pegawai Pengurusan HEP dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor) Di antara pengisian aktiviti sepanjang minggu tersebut adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Membuat Buku Folio dan Poster bertemakan Penghayatan Alam Sekitar
2. Pertandingan Bunga Tercantik
3. Pertandingan Menanam Bunga Dalam Pasu
4. Ceramah "Alam Sekitar: Harta Yang Dipinjam"
5. Ceramah "Kaedah Menanam dan Menjaga Pokok Bunga dengan Betul"
Diharapkan melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat mula dilatih untuk lebih menghayati dan peka terhadap Alam Sekitar serta tahu serba sedikit tentang mengapa dan bagaimana hendak memelihara dan memulihara alam sekitar agar bumi kita ini akan sentiasa menjadi suatu tempat yang kekal dan menarik untuk generasi seterusnya.
Gambar Paling Atas: Acara Simbolik - Penanaman Pokok Bunga Di Kawasan Sekolah Oleh Pengerusi Bersama Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar yang terdiri daripada En.Tan Kuang Wui (GB, SK SEDC, Sibu), En. Abang Khadari bin Abang Bolhassan (GB, SK Batu 10, Sibu), En. Idahap @Masyhor bin Busrah (GB, SK Kampung Baru, Kapit) dan Puan Aliza binti Abdul Manan (Pembantu Pegawai Pengurusan HEP dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor)
Gambar Kedua dari Atas: Pelajar-pelajar membuat persediaan mengisi tanah dalam pasu bunga masing-masing dan dibantu oleh guru-guru mereka
Gambar Ketiga dari Atas: Guru-guru menyelia dan membantu pelajar-pelajar menanam bunga dalam pasu bunga masing-masing.
Gambar Keempat dari Atas: Pelajar-pelajar bergotong royong menyusun pasu bunga yang siap ditanam dengan bunga untuk dihakimi oleh para hakim pertandingan.
Gambar Kelima dari Atas: Pelajar yang memenangi pertandingan menyiapkan folio/poster menerima hadiah daripada Cikgu Abang Khadari.(Guru Besar, SK Batu 10, Sibu)
Gambar Paling Bawah: Gambar berkumpulan pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK SEDC, Sibu serta 4 orang peserta PKPGB Kohort 3 UKM, Bangi yang terlibat sama dalam Projek Minggu Penghayatan Alam Sekitar di SK SEDC, Sibu
No comments:
Post a Comment