Dimaklumkan
bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) sedang menguruskan kutipan
bayaran balik Pinjaman Pelajaran bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya di bawah program
berikut:
i. Program Pengajian Jarak Jauh dengan kerjasama Open University
Malaysia (PJJ-KPM OUM)
Malaysia (PJJ-KPM OUM)
ii. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
iii. Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB)
Pegawai adalah layak dipertimbangkan kemudahan pembayaran balik sebanyak 25% sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu:
i. Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.75 dan ke atas
ii. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa perlanjutan
iii. Tidak menukar bidang/kursus pengajian
iv. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau pihak
universiti
universiti
v. Mengemukakan permohonan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh
Notis Pembayaran Penuh.
Notis Pembayaran Penuh.
Sehubungan itu, PPP yang terlibat adalah dipohon untuk mengambil tindakan sewajarnya dan mengemukakan permohonan bayaran 25% tersebut dengan menyertakan salinan transkrip dan ijazah yang disahkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi hotline 03-8321 7124, faks 03-8321 7103 atau e-melkan ke penguatkuasaan@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment