Sunday, September 14, 2008

Kerja Terjemahan

Aku masih lagi dengan kerja terjemahan artikel. Mungkin ada antara kita yang terlupa address webpage yang mungkin dapat membantu kita membuat terjemahan tersebut. Jadi klik sahaja pada link di bawah ini:
http://www.citcat.com/green_ov.jsp?lang+2
Cara guna? Hmmm klik pada tab Terjemah. Lepas tu taiplah ayat2 yang nak diterjemahkan di dalam kotak yang disediakan. Klik butang Terjemah. Zap dapat terjemahannya di kotak bawah. Walau bagaimanapun berhati-hati sebab kekadang direct translationnya jadi mengarut. Contohnya tajuk aku ni 'young children starting school: a fine example of home-school partnership'. Bila dia terjemahkan menjadi 'permulaan anak-anak muda sekolah: satu contoh seni kumpulan rumah perkongsian'. Tak ke haru bila perkataan fine tu dia terjemahkan jadi seni. Nasib baik tak diterjemahkan sebagai denda!
Perit juga nak kena siapkan dalam seminggu dengan beberapa assignments lain yang nak kena buat sama. Hmmmm...terjemahan ni bukannya calang-calang punya kerja. Dulu dulu dulu bolehlah ada yang perabis sampai RM500, sekarang ni nampaknya sorry ler...zaman gawat ekonomi, kena berjimat. Tapi apa-apa pun aku simpati pada Tan & the gang yang kena buat 88 muka surat.

2 comments:

aliza said...

terima kasih bro sebab bagi url citcat tu. ianya sangat membantu dalam kerja-kerja menterjemah tu.

Faiz Faiza said...

tau tak mana2 web yg boleh bg terjemahan perkataan2 saintifik? terima kasih byk2