Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat Lawatan ke Thailand

Prof. Dr. Ramli, Dr. Izham, Cik Helena, En. Jamal dan Dr. Jainabee
Petang ini telah diadakan mesyuarat penyelarasan lawatan ke Universiti Chulalongkorn. Antara yang menarik untuk dilawati ialah pengurusan sekolah rendah yang terletak di dalam Universiti.
tersebut yang mungkin sebagai perjumpaan terakhir sebelum masing-masing bersurai pada minggu hadapan dan bersedia untuk peperiksaan. En. Jamal mempengerusikan mesyuarat dan turut hadir ialah Dr. Mohd. Izham b. Mohd. Hamzah, Dr. Jainabee Kasim dan Prof. Dr. Ramli .
Lawatan ini menggunakan khidmat Everyone's Dream Holiday dan wakil syarikat Cik Helena dan Cik Watiu turut hadir.

Menurut En. Jamal, pihak pentadbiran universiti begitu berharap agar lawatan ini dapat menghasilkan satu buku.

Antara cadangan tema:
  1. Kepelbagaian pengurusan sekolah
  2. Perbandingan Thailand dengan Malaysia dalam aspek Pengurusan

Tema soalan: Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah dalam Universiti

Brainstorming:
  1. Pengurusan sekolah tu di bawah siapa? Universiti, Kementerian,
  2. Pengurusan sekolah dilantik, dibayar gaji, taraf jawatan, kaedah pemilihan dsb.
  3. Murid - di kalangan tenaga pengajar, penduduk sekitar, atau
  4. Kurikulum - serupa dengan sekolah-sekolah lain
  5. Kementerian yang ada di sana - macam di sini KPM dan KPT.
  6. Fokus ICT -
Hal-hal lain:
  1. Selepas exam, kita kena kosongkan 29 Mac. Mohon dilanjutkan agar boleh tinggal di asrama. En. Jamal minta urusetia sediakan surat permohonan perlanjutan tu.
  2. Pakaian rasmi di ChulalongkornStudent pakai baju rasmi
  3. Mohon dapatkan SIM card, adapter - syarikat
  4. Pergerakan keluar kena maklum kepada ketua
  5. Cuaca lebih kurang di Malaysia
  6. Mohon senarai mereka yang nak tinggal di asrama, hantar kepada Abang Khadari
  7. Cenderamata
  8. Makanan -pantang eg vegetarian
  9. Fotografi - pastikan ambil sekali untuk kegunaan buku
Mesyuarat ditangguhkan 4.25 petang.
Jamuan ditaja oleh Everyone's Dream Holiday

2 comments:

Celebrater5 said...

Cepatnya posting!! Live telecastke??
Anyway TQ Min.(Tok Guru ICT!!!)

Sukimin said...

haha kalau tunggu balik, tak ada masa dah. terlanjur ada kesempatan dan ruang buatlah entri