Sunday, June 1, 2008

Ceria Sebaik Tiba di Bandung

Entah apa yang diceriakan oleh para peserta sebaik sahaja bas bertolak keluar dari airport. Mungkin gembira setelah penat menunggu begitu lama salah seorang kawan kita yang ditahan oleh pihak imigresen Indonesia akibat membawa ubat tanpa preskripsi. Kalau ubat tersebut dimasukkan ke dalam beg yang dimasukkan ke kargo, katanya tak ada apa-apa masalah tapi disebabkan ia diletakkan dalam beg hand carry, itu yang sangkut (betul ke andaian ini). Namun setelah sampel ubat tersebut diperiksa, memang sah bahawa ia bukan dari jenis dadah yang diseludup tetapi ubat untuk kegunaan peribadi. Alhamdulillah. So jangan lupa, lain kali benda-benda kecil seperti ini kena ambil kira. Mungkin pada kita kecil tetapi besar bagi mereka. Oh ya, satu lagi .... ingat tak masa di LCCT, ramai member yang dapat minum air kotak free? Ha itupun jangan lupa..... manalah tahu nak ke luar negara lagi lain kali. Bak omputeh kata When you lose, don't lose the lesson'.

No comments: