Thursday, June 5, 2008

Laporan Ringkas Program

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT II DAN
SEMINAR INTERNASIONAL (UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA BANDUNG)
19 HINGGA 22 MEI 20087
BANDUNG INDONESIA
PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB KOHOT 3) UKM BANGI




OBJEKTIF / TUJUAN AKTIVITI

-Memberi pendedahan kepada pentadbir tentang ilmu kemasyarakatan di luar ruang lingkup sekolah masing-masing.
-Bertukar-tukar idea dan maklumat baru berkaitan isu pentadbiran dengan pentadbir sekolah-sekolah di Bandung.
-Pembentangan kertas kerja yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dan kemampuan pentadbir melonjakkan pencapaian masing-masing berdasarkan teknologi dan perubahan masa kini.
-Merupakan simulasi sebenar dalam melaksanakan sesuatu program.



TARIKH PELAKSANAAN

19 Mei hingga 22 Mei 2008
(4 hari 3 malam)


PESERTA
Semua peserta Program Khas Pensiswazahan Guru Besar PKPGB Kohot 3 UKM Bangi


AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

1) 19 Mei 2008 (LCCT Sepang/ Bandung)

Berkumpul di LCCT jam 6.00 pagi untuk urusan daftar dan chek-in bagasi. Rombongan berlepas ke Bandung tepat jam 10.10 pagi dan tiba di Bandung jam 12.15 tengahari.Rombongan terus di bawa makan tengahari ke restoran makanan Padang. Selepas makan terus ke Universitas Pendidikan Indonesia Jl Dr Setiabudhi No 229 Bandung 40154, Jawa Barat untuk menjayakan Seminar Internasional, Kerjasama antara UKM bersama UPI.

PEMBENTANG KERTAS KERJA SEMINAR

Dr. Mohd Izham bin Hj. Mohd Hamzah
Tajuk: Kajian Tahap Kesediaan dan Kemahiran Guru Besar (PKPGB) Sebagai Pelajar Dewasa dari Segi Penggunaan ICT di UKM

Dr.Hajjah Aan Komariah , M.Pd
Tajuk: Kualifikasi dan Kompetensi Kepala Sekolah

Drs. Rudi Susilana, M.Si
Tajuk: Profil Pengawas Satuan Pendidikan di Indonesia : Kualifikasi, Kompetensi dan Sertifikasi


PESERTA SEMINAR
-Peserta Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Kohot 3 UKM Bangi
-Pensyarah Universitas Pendidikan Indonesia Bandung


2) 20 Mei 2008 (Bandung) - Cuti Umum Sempena Hari Wesak

-Program Bebas/ Lawatan

3) – 21 Mei 2008 (Bandung)

8.00 pagi:Selepas sarapan peserta dibawa melawat ke SD Negeri Banjarsari, Jl Merdeka Bandung. untuk program lawatan rasmi dan sesi dialog tentang peranan pentadbir dalam peningkatan prestasi pembelajaran di sekolah rendah Malaysia dan Bandung.

Taklimat Oleh:
Drs.Hj.Maman Abd. Rahman –dari SD. Banjarsari 1 mewakili 3 Kepala Sekolah lain, Ie Indrawati, Tisnawati & Tintin Kustini


2.00 petang: Melawat ke Panti sosial asuhan anak Jln Timbuluyut Bandung untuk program Khidmat Masyarakat II. Memberi motivasi bagaimana menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, penyerahan sumbangan barangan keperluan harian serta wang kepada anak-anak yatim

Kata-kata aluan Oleh:
Bapak Kepala Dinas Sosial Provinsi Jawa Barat , Drs.H.Tio Indra Setiadi

PKPGB Kohot 3 UKM menganjurkan pertandingan mewarna untuk anak-anak sekolah dasar.


4) – 22 Mei 2008 (Bandung/ LCCT Sepang)

Selepas sarapan di hotel , check out . Rombongan bertolak ke Lapangan Terbang Bandung pukul 10.35 pagi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pukul 1.15 tengahari dan tiba di LCCT KL jam 4.30 petang. Peserta pulang menaiki bas UKM ke Kolej Zaaba.





PENUTUP
Program ini telah berjaya dijalankan dengan sempurnanya dan ribuan terima kasih kepada semua jawatankusa yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah yang turut serta dan banyak membantu menjayakan program ini serta pihak yang memberi sumbangan meringankan pembiayaan sepanjang program ini berjalan. Terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi , khasnya Dekan Fakulti Pendidikan UKM yang sangat perihatin dan bekerjasama dalam usaha menjayakan program ini. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi dengan lebih baik di lain kali.

Disediakan oleh Akmal. Pohon Asman atau Mail atau Tahir kembangkan dan masukkan gambar untuk disampaikan kepada Dr Izham selewat-lewatnya esok.

No comments: