MAKLUMAN
Bagi anda2 yang belum menyerahkan bahan untuk sumbangan Khidmat Masyarakat di Bandung, sila berbuat demikian secepat mungkin. Boleh serah kepada Abang, Idahap atau saya sendiri. Wajib tau!
Ini gambar masa AJK Kebajikan sedang packing barangan sumbangan pada 8 April 2008. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menyumbang. Semoga sumbangan kita akan memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anak-anak yatim di sana.
Kepada anda yang telah menyumbang, jika anda ingin menambahkan jumlah sumbangan, anda boleh menderma dalam bentuk RM atau wang Rupiah. Doakan semoga program kita yang julung-julung kali ini berjalan lancar dan diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah.
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW;
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam maka terputus lah segala amalannya kecuali 3 perkara:
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment