Saturday, May 24, 2008

Program Khidmat Masyarakat II: Terima Kasih

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Di kesempatan ini saya selaku Pengerusi Program ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama sejak dari mula program ini dirancang. Walaupun menempuh pelbagai rintangan dan cobaan namun akhirnya kita sama-sama berjaya menjayakannya. Tanpa sokongan semua, sudah tentu kelancaran perjalanan program ini akan terganggu.

Semua AJK sememangnya telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik sehingga dapat menterjemahkan objektif program ini dengan aktiviti yang sesuai, padat, bermanfaat dan menyeronokkan.

Kepada pensyarah subjek, Dr. Jamaludin Hj. Badusah diharap berpuashati dengan apa yang telah dipersembah dan dilaksanakan. Begitu juga kepada Penyelaras Program PKPGB Dr. Izham.

Akhir sekali saya memohon maaf banyak-banyak seandainya terdapat kecacatan atau kekurangan sepanjang perjalanan program ini.

Semoga ia menjadi kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan.

No comments: