Sunday, March 28, 2010

BAGAIMANA DENGAN KEADAAN KESELAMATAN DI BANGKOK, THAILAND???

Hai kawan-kawan semua, Inilah berita dari internet yang saya baca pagi. Mungkin ia berguna untuk rakan-rakan kita buat keputusan.

Letupan ketiga gegar Bangkok

28/03/2010 2:46am

BANGKOK 28 Mac - Letupan terbaru dan yang ketiga selepas tunjuk perasaan antikerajaan dilancarkan lebih seminggu lalu, menggegar ibu negara Thailand semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang cedera kepada lapan termasuk lima askar.

Menurut polis dan pihak berkuasa perubatan, letupan tersebut berlaku di stesen televisyen Perkhidmatan Penyiar Kebangsaan kira-kira pukul 9.30 malam waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia), mencederakan tiga askar dan seorang pengawal keselamatan.

Dalam kejadian letupan lain yang berlaku sebelum itu, dua askar dan dua orang awam cedera apabila sebutir bom tangan yang dilempar di sebuah stesen televisyen Saluran 5 yang dikendalikan tentera, meletup.

Kedua-dua kejadian berlaku sejurus lebih kurang 80,000 penunjuk perasaan melancarkan bantahan secara aman di jalan-jalan. - AFP

1 comment:

Wan said...

silap pilih tempat la hari tu..